Bismillahirrahmanirrahim. dengan lafaz yang mulia, ku mulakan penulisan. entah kali yang ke berapa, draft-draft yang tak berkesudahan ku padam begitu sahaja. tak menyesali tindakan menekan butang 'delete' pada paparan di skrin, kerana isi yang ingin ku sampaikan dibawa angin begitu saja. ilham dariNYA menjadi tumpul, seperti kosong, dan kelam tak nampak jalan untuk ku bawa dalam penulisan. seperti tiada arah tuju dan matlamat, semenjak mula ku ciptakan laman peribadku ini. Mengapa laman ini ku ciptakan, ku asaskan dengan gelaran 'amirahfansuri', sekadar suka-suka sajakah? atau kerana didorong oleh perasaan yang sementara, disebabkan rakan sekeliling berblog, aku juga mahu mempunyai blogku sendiri? hanya kerana itukah? tidak! ku pasti itu bukan tujuan asal adanya laman ini. ada sesuatu yang mahu ku bawa disini, ada misi dan matlamat yang ingin ku sampaikan disini. yang pasti diakhirnya, untuk membawa diriku sendiri menyusuri hikmah kejadianku diatas muka bumi ini. Sepertimana Allah menjadikan segala sesuatu itu dengan tujuan yang tersendiri, dan sepertimana DIA tidak menyukai perkara yang sia-sia, begitu juga diwaktu DIA menjadikan khalifah dimuka bumi ini, dibekalkan kita dengan matlamat dan panduan, agar kita tidak melakukan perkara dan perbuatan-perbuatan yang sia-sia. ku mahu, apa yang ku lakukan ini tidak menjadi sia-sia agar aku dapat belajar menjadi hambaNya yang taat. DIA menciptakan manusia untuk mentadbir muka bumi ini dengan panduan dariNYA, al-Qur'an dan as-sunnah wasiat nabi kita yang tercinta. lantas, kita sebagai hambaNya juga perlu tahu dan tetap dengan tujuan dan matlamat kita, agar hidup kita terarah dan tertaut pada pegangan yang satu, aqidah yang benar.
"Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU"
Surah ad-dzariyat: 56.
Surah ad-dzariyat: 56.
Penciptaan manusia di muka bumi ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk beribadah kepada Allah. jadi, tujuan dan matlamat yang perlu kita capai dalam kehidupan ini adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah. kerana ibadah itu juga asal katanya dari perkataan 'abd' yang bermaksud hamba. ibadah, perkara yang dilakukan untuk menunjukkan pengabdian kita kepada Allah. oleh itu, setiap yang kita lakukan perlulah dengan niat ibadah agar ia tidak menjadi perkara yang sia-sia. mengabdikan diri kepada Allah bukan bermaksud kita hanya perlu duduk didalam masjid, berteleku, berzikir dan berdoa tidak putus-putus, tetapi tidak melakukan pekerjaan lain untuk melengkapi fitrah manusia. kita masih perlu bekerja seperti kita akan hidup seribu tahun lagi, dan beribadah seperti kita kan mati sebentar lagi. setiap perbuatan dan pekerjaan yang kita lakukan perlu bersungguh-sungguh, tetapi dalam masa yang sama perlu diteliti agar ia menjadi ibadah dan tiada unsur-unsur kemaksiatan seperti kita akan mati sebentar lagi dan tiada ruang lagi untuk menebus kesilapan kita.
'Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: ''Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.'' Mereka berkata: ''Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?''. Tuhan berfirman: ''Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui''(Al-Baqarah:30)
Begitu juga dalam hal kepimpinan, samada untuk memimpin diri sendiri atau memimpin keluarga, atau sesebuah organisasi, hatta untuk memimpin dunia ini, perlulah punya matlamat yang sama. untuk membawa misi yang sama iaitu misi pengabdian diri kepada Allah. kita diciptakan diatas muka bumi ini bukan semata-mata untuk memperbanyakkan penduduk bumi ini, atau untuk merasa nikmat menjadi manusia, tetapi untuk menjadi khalifah, manusia sebagai khalifah, iaitu pemimpin yang mentadbir muka bumi ini dengan hukum dan ketentuan Allah, bukan hukum buatan sendiri. bila dunia ini ditadbir oleh tangan-tangan yang amanah dan layak, barulah matlamat kejadian manusia ini akan tercapai. manusia tidak akan kekok mengikut perintah Allah, tiada jenayah dan kerosakan alam yang berleluasa. kerosakan akhlak dan moral yang semakin meluas tidak akan berlaku sekiranya tangan yang memimpin itu menggunakan al-Qur'an dan sunnah sebagai panduan, bukan menggumpalkan yang haq dan yang bathil bersama-sama dalam pemerintahan. tak perlu menghukum pemimpin dengan nilaian entah apa-apa, tetapi nilai kejayaan mereka dengan kerosakan budaya dan nilai moral didalam organisasi yang dipimpin. Kerana itu, matlamat kehidupan perlu jelas, agar yang menulis ini juga tak tersasar arah tujuan bila memimpin diri sendiri, dan terutama apabila memimpin insan lain.
semoga matlamat kehidupanku untuk mengabdikan diri kepada Allah dan persediaan menuju akhirat yang abadi ini sentiasa tersemat kukuh dalam hati dan dalam setiap perbuatan yang ku lakukan. wallahua'lam.